Semua orang boleh menjadi pentadbir tetapi bukan semua
boleh menjadi pemimpin. Pemimpin yang berkeliber memerlukan ciri-ciri positif
bagi dirinya diiktiraf sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang baik bukan lahir
dengan sendirinya tetapi diperoleh melalui latihan berterusan, pengalaman
mahupun ilmu.
Memimpin sesebuah organisasi bukanlah satu tugas yang
mudah. Sungguhpun begitu, bersama-sama gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti
dan visi, kepimpinan bukanlah satu misi yang mustahil bagi setiap orang yang
mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Seseorang pemimpin berkesan
sentiasa melihat kejayaan organisasinya sebagai satu usaha yang berterusan
antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi itu.
Dalam erti kata lain, kejayaan sesebuah organisasi itu
adalah kejayaan bersama. Namun begitu, keberkesanan, keunggulan dan
kecemerlangan bergantung kepada kepimpinan sesebuah orgnisasi. Sarjana disiplin
pengurusan dan kepimpinan ada berkata “ apa yang berada di belakang kita dan
apa yang berada di hadapan kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa
yang ada di dalam diri kita. Jadi, diri pemimpin dan apa yang tersirat di dalam
dirinya adalah penting dalam memanifestasikannya menjadi sebuah realiti.
Mengapa kepimpinan berkesan perlu dalam sesebuah
organisasi:
· kepimpinan berkesan ada kaitan dengan jatuh bangun
sesebuah organisasi
· kepimpinan berkesan ada kaitan dengan keberkesanan
dan kecekapan organisasi
· kepimpinan berkesan ada kaitan dengan prestasi
kerja orang bawahan
· kepimpinan berkesan ada kaitan dengan kepuasan
kerja orang bawahan
Siapa pemimpin berkesan:
· pemimpin berkesan mesti ada pengikut
· pemimpin berkesan mestilah boleh mempengaruhi dan
memotivasikan orang lain
· pemimpin berkesan ialah pemimpin yang boleh
membuat perubahan kepada organisasi dan ke atas sikap dan tingkah laku orang
bawahan.
Apa peranan pemimpin berkesan? Seorang pemimpin berkesan
haruslah berperanan sebagai:
· pemikir
· perancang
· pengurus
· pengerak perubahan
· pendidik
· pembimbing
· penasihat
· pendorong
Dalam usaha menjadi pemimpin berkesan, individu itu harus
menguasai tiga kemahiran:
1. Kemahiran konseptual – iaitu kemahiran
menganalisi, berfikir secara logik, kreatif dalam menjana idea dan penyelesai
masalah.
2. Kemahiran tektikal – iaitu kemahiran berkaitan
dengan kaedah-kaedah, prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti
khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalanakan
aktiviti tersebut.
3. Kemahiran hubungan kemanusiaan- iaitu kemahiran
berhubung dengan orang lain serta boleh memahami perasaan dan sikap orang lain.
Terkandung dalam kemahiran ini ialah kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan
berkesan.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar boleh
mempengaruhi orang bawahan supaya menjadi pengikut yang setia bukanlah suatu
perkara yang senang. Untuk itu, seseorang pemimpin yang berkesan hendaklah
menguasai kemahiran- kemahiran tertentu, mengamalkan tinkah laku yang sesuai
dengan memadankannya dengan keadaan-keadaan tertentu. Dalam konteks ini ada
pepatah arab mengatakan bahawa “jika engkau terlalu keras, nanti engkau
dipatahkan. Jika engkau terlalu lembut, nanti engkau diramas. Justeru
bertindaklah secara sederhana kerana sederhana itu adalah bijaksana”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan