Isnin, 23 September 2013

Ohhh Set Induksi !!!


Cara pertama: apa yang kamu dapat lihat berdasarkan gambar rajah di hadapan.

jangkaan jawapan pelajar (student satu): orang zaman dahulu cikgu
                                             (student dua) : orang tue berburu cikgu
                                             (student tiga) : bercucuk tanam cikgu
                                             (student empat) : cikgu org ni org cannibal pakai cawat..

respon cikgu   : ye btul mrk memang org zaman dahulu dan lihat mrk sdg berburu dn bercucuk tanam. awak suka tgk certa cannibal ke..apa yg mrk buat, apa kegiatan seharian mrk? blh awak terangkan (student empat)..mkn orgla cikgu diorg pun mkn binatang cikgu...cuba kamu bygkan jika kmu hidup dlm zaman spt ini...dapat bygkan x...kemungkinan kitaorg pkai cawat la cikgu...(gelak)..kmu rsa best x pakai cawat nak rasa pakai ke..? eh xnakla cikgu..(gelak) xdpt bygkan la cikgu...itu adalah perbezaan zaman ye pelaja2x.. zaman ini zaman prmitif dmna manusia msih blm brtamdun xtau menulis,membaca hnya brgntung kpd sumber alam sekeliling utk hidup.. baikla pelajar2x spt yg kita ketahui masyarakat zaman dahulu menjalankan kegiatan berburu.bercucuk tanam,kutip hasil hutan..dan hari ini kita akan membincangkan mengenai tajuk zmn prasejarah .....(cth set induksi)               



Set induksi ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.

Dalam melaksanakan set induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat  tangan  dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik bersoaljawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang menarik. Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas. Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untu membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.

Terdapat sekurang-kurangnya 5 prinsip dalam melaksanakan set induksi iaitu
1. menarik perhatian minat belajar dan menimbulkan perasaan ingin tahu dia kalangan pelajar.
2. sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
3. berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
4 .berkaitrapat dengan objektif pelajaran dan pembelajaran.
5 .jangkamasa yang terhad.

set induksi yg menarik apabila kita mampu dan bijak menggunakan pendekatan awal sebelum pengajaran yang menarik dan sgt berkaitan dengan tajuk yang kita nak ajar student..student biasanya lebih suka bila wujud ruang bercrta atau berkgsi crta sblm mengajar atau diperlihtkan gmbr2x yg berkaitan dgn topik pengajaran dan pembelajaran..apa pun set induksi bkn shj brgntg spenuhnya kpd pengajaran yg kta nk buat tpi bagaimana set induksi itu menarik minat pljr sblm memulakan sesi PDP..Set induksi bukan hanya terhad dalam lingkungan kita nak kaitkan dengan tajuk..jangan sempitkan pemikiran mari kita jadikan set induksi sebagai ruang antara kita sebagai guru dengan pelajar utk berbincang dan berdiskusi mengenai sesuatu agar pljr lebih bersedia utk menerima pembljrn seterusnya....