Ahad, 13 Januari 2013

Melihat Hikmah daripada Musibah







Semua orang tidak pernah terlepas daripada perkataan "musibah" kerana kita sebagai manusia yakni hamba Allah yang kerdil tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan apa yang utama adalah sentiasa tabah dan sabar serta berdoa mengharapkan pertolongan daripada Allah. Musibah dan nasib yang baik adalah sebahagian daripada kehidupan. semua orang akan mengharunginya dan begitu juga yang berlaku kepada orang bertuah. mereka tidak terlepas daripada mengalami nasib malang ataupun musibah. contohnya, seperti kematian orang yang disayangi, bencana seperti banjir ataupun kebakaran serta kemalangan yang tidak dapat dijangkakan. semua itu adalah perkara yang sering berlaku dalam kehidupan manusia dan sebahagian daripada roda kehidupan. pada orang bertuah, mereka percaya walaupun betapa teruknya musibah melanda, pasti ada hikmah yang berlaku di sebaliknya kerana tiap-tiap kesulitan itu ada kemudahannya. Apa yang penting jgn pernah berputus asa daripada rahmat Allah..

melihat hikmah daripada musibah yang menimpa menuntut kita agar sentiasa bersyukur. Nikmat dan musibah adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah. bila mana mendapat nikmat yang tidak terkira, Allah pasti akan menguji iman kita sejauh mana nikmat yang Allah berikan kita gunakan di jalan Allah dengan sebaik-baiknya ataupun sebaliknya. Musibah pula adalah ujian kepada manusia untuk diuji sejauh mana ketaqwaan hamba-hambaNYA dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Dunia adalah fana dan akhirat adalah kekal. dunia diibaratkan sebagai sebuah dunia kecil sebagai rumah tumpangan bagi semua manusia dalam mencari bekal untuk dibawa ke dunia yang kekal bagi semua makhluk Allah.

orang selalu berkata disebalik musibah ada hikmahnya dan lantaran Allah memberikan kita musibah, kita. perlu menyatakan rasa syukur kerana musibah itu adalah satu bentuk teguran dan kasih sayang  Allah S.W.T kepada hamba-hambaNYA agar sentiasa beringat kepadaNYA. jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah apabila ditimpa sesuatu musibah atau ujian yang berat kerana sesungguhnya Allah tidak memberikan ujian kepada hambar-hambaNYA diluar kemampuan hamba-hambaNYA.

  Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud " Dan ingatlah ketika Tuhan memberitahu, 'Demi sesungguhnya sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, sekiranya kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.

apakah tindakan kita sebagai manusia sekiranya ditimpa kesusahan. Ingatlah teman-temanku, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Bilamana kita diuji, pasti dan pasti Allah menginginkan sesuatu perubahan kepada kita dan bersabar menghadapiNYA sentiasa bersangka baik dengan Allah. kita diuji dengan musibah yang berbeza-beza. ada yang ditindas, diperangi, kemiskinan, kegagalan dan sebagainya dan pengharapan kepada Allah pada waktu-waktu kita ditimpa kesusahan adalah sangat penting. Bahkan Allah sendiri menyatakan sesiapa yang mengingat-Ku nescaya Aku akan mengingatnya. Penyataan ini jelas bagaimana Allah S.W.T dengan sifat-NYA yang Maha Pemurah dan Penyayang kepada kita semua. ujian juga merupakan batu loncatan untuk berubah daripada sesuatu yang tidak baik kepada yang lebih baik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan