Selasa, 15 Januari 2013

Forum Mahasiswa UUM

                                      

Orang yang berilmu adalah orang yang tahu bagaimana nak respect org lain..kesal dengan tindakan moderator Miss Sharifah Zohra yang secara terbukanya menghina pelajar UUM iaitu Bavani mengenai pendapat yang disuarakan oleh pelajar berkenaan terhadap isu perhimpunan aman bersih dan mengenai isu pendidikan percuma..Mempertahankan maruah adalah tanda iman. "Saya tidak pernah menyesal dengan tindakan kami yang sangat menyusahkan ketika itu". Namun saya amat kesal apabila Presiden Suara Wanita 1Malaysia ini bertindak memperbodohkan mahasiswi India berkenaan yang menyuarakan pendapatnya berbekalkan fakta, menimbulkan persoalan untuk dijawab dan mempamerkan keberanian untuk 'exercise' minda Menara Gadingnya yang tidak menerima bulat-bulat pendapat yang diajukan oleh panelis.



Sikap ego, menghina, dan rendah akhlak itu, menghina pelajar tersebut, dan yang paling mengecewakan saya, tiada seorang pun di depan tampil membela dan mempertahankan mahasiswi berkenaan. Saya tidak dapat membayangkan saya berada di dewan itu dan saya tidak berbuat apa-apa. Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu bukan siapa. Dia bukan menteri, dia bukan pensyarah, dia orang luar. Dia datang ke kampus UUM dan menghina beliau, dan tiada apa tindakan daripada pelajar-pelajar UUM untuk membela pelajar ini..nampak sangat pelajar-pelajar UUM nie mcm tkut nak menyuarakan...untuk Bavani saya sokong anda sebab itu adalah hak anda untuk bersuara...jgn jadi org yang diberi kebebasan bersuara tapi bersuara  atas kepentingan tertentu secara agresif dan tanpa cara diplomasi dan bijaksana..



satu tindakan yang tdk sepatutnya apabila beliau sendiri menarik microphone daripada student berkenaan dan that's an unrespectfull attitude shown by her..saya berfikir samada miss Sharifah ini berfikir atau tidak semasa mengeluarkan pernyataan sedemikian. klu nak jadi orang hebat, bykkan membaca jgn bykkan keluarkan auta yang belum tentu sahih maklumatnya...dan kena belajar mcm mana nak hormat orang lain brulah org tau mcm nak hormat kita.


listen..listen..listen..listen..listen....pada pendapat saya, beliau ini kurang arif mengenai ilmu berkomunikasi dengan baik. kenapa saya berkata sedemikian kerana jika beliau dididik akan ilmu komunikasi yang baik beliau tidak akan berkata sedemkian sehingga perbuatan menarik microphone di hadapan pelajar itu dianggap sebagai sifat yang kurang menyenangkan.Cukup sangatkah ilmu yang dimiliki oleh Miss Sharifah ini sehingga melabelkan student ini "less pendidikan" Semoga Allah memberikan teguran dan hidayat kepada beliau...and saya respect mengenai keberanian student UUM ini menyuarakan apa yang  sepatutnya disuarakan kepada semua umum sebab itu adalah hak kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan