Rabu, 11 September 2013

Jodoh Engkau di mana

Ramai menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang, kenyataannya tidak. jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit kerana perlu diingat "Jodoh itu adalah rahsia Tuhan"...

dikesempatan ini saya ingin mengongsikan serba sedikit ilmu yang diperolehi untuk tatapan bersama. saya amat tertarik dengan isi serta kupasan yang menarik dinukilkan dalam sebuah buku yang bertajuk "misteri jodoh" oleh seorang penulis buku Suyadi As-Salmani. dalam buku tersebut, beliau ada menyatakan bahawa kita perlu mengakui jodoh adalah ketentuan Allah yang diselimuti kabus misteri dan ini tidak bermakna kita tidak dibenarkan berbincang berkenaannya..kita perlu sedia maklum Tuhan telah menganugerahkan kita dengan akal yang sempurna untuk digunakan dengan sebaik2x mungkin dan jelaslah dalam mencari jodoh itu juga usaha amat diperlukan..Saya suka mengingatkan diri sendri bahawa "jodoh itu bukan siapa cepat dia dapat malah jodoh itu dikatakan jodoh apabila sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa"..jodoh..jodoh..jodoh..

perlu kita rungkai 3 elemen penting dalam soal pencarian jodoh iaitu pertama Allah yang merahsiakan jodoh kedua jodoh yang dirahsiakan ketiga hikmah rahsia jodoh. dalam konteks jodoh itu adalah rahsia Allah, jelaslah bahawa kpd sesiapa yg belum brumah tangga termasuk diri sy hehe jangan hanya berangan-angan menginginkan wanita itu hadir di depan kta tnpa berusaha. apa yang penting wahai sahabat sekalian adalah lebih molek kita bertanya terus kepada-Nya kerana Allah lebih mengetahuinya...

kadang-kadang bila rasa dlamun cinta hasil prtmuan dengan seseorang hti pun mula berbisik mungkinkah dia jodohku ? oppsss..tggu sabar wahai hati,berhati-hati dgn hati..hehe..xkan hasil pertemuan trus menjerat kta dgn pandangan sekali sahaja...rujuk trlbh dhulu dgn Allah krn Dia yg Maha Mengetahui...usah berlagak seolah-olah kita tahu siapa jodoh kita.maksudnya apabila kta jtuh cinta dan cinta kta dibalas,usah berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah jodoh kita kerana jodoh itu adalah rahsia Allah. suka dengan seseorang xprlu hebah2xkan, memadai bagi diri kta utk menyerahkan kpd Allah segala urusan berkenaan..

saya pernah menerima nasihat dari seorg kawan,beliau mengatakan klu suka dgn seseorang just gtau je dgn dia' well agak brat if sekdar kawan blehla dlu dan mendoakan agar dijodohkn cukup stkat mengenali dirinya trlbh dhulu.jika da brsedia insya-Allah saya mampu menjadikan dia lebih dripada seorg kawan..namun serahkan kpd Allah shj dn berusha slgi mampu..ini mungkin pendapat sya dan sy percaya lbh ramai diluar sana yg memiliki cara yg terbaik dalam urusan jodoh sdgkan sy msih lgi mentah dn kena brusha dlm pncrian ilmu brkenaan bak kata pepatah xkenal maka xcinta..hehe..

apapun kena beringt dlm mencari cinta dn jodoh jgn smpai lupa asal usul kta dn dri mana kta dtg klu bkn dri Allah..semuanya bergantung kpd Allah..Allah hanya menginginkan kita sabar dan bersolat xlbih dri itu wahai sahabt..dan beruntungla bagi org2x yg sabar dan sentiasa mencari keredhaan Allah sebagai insan yang hina ..jgn disebabkan cinta, kta lupa pada Allah...cukup perhubungan dirahsiakan dan yg penting perkahwinan disebarkan...

wahai jodohku..sampai masanya kita pasti dipertemukan dalam suasana yg lebih barakah saya sentiasa mendoakanmu agar imanmu terjaga,ahklakmu terpelihara,cintamu kepada Allah dan Rasulullah sentiasa mekar, sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi liku-liku kehidupan sbg hamba yang serba kekurangan....saya suka awak(jom solat....hehe)..assalam


2 ulasan:

  1. Saya mencintai seorang lelaki hubungan kami hampir 20 tahun kami tak ada jodoh sebab masalah yang rumit yg terdapat pada diri saya bukan dari dia. Dia lelaki soleh dan saya sangat mencintainya

    BalasPadam
    Balasan
    1. usah meletakkan kekurangan dri sbg halangan bgi mengejar apa yg diinginkan..semua wanita mendambakan lelaki yg soleh dan itu sememgnya ftrah yg diinginkan smua wanita..tdk slh memilih krn kta mlhat seseorg yg mampu membimbing kta dalam agama.dan jka nawaitu utk ke arah itu insha Allah dipmudhkan..namun jodoh itu rahsia Allah..doa kunci bgi segala2xnya...wallahualam...

      Padam