Khamis, 24 Januari 2013

Cinta bukan Sekadar kata-kata


Assalamualaikum

 Assalamualaikum cinta...cinta..cinta dan cinta..Cinta pemberi inspirasi..betul ke...hehe..Sebut ja pasal cinta yang sejati mesti terus dikaitkan dengan pasangan yang sedang hangat bercinta...upssss... cinta dan bercinta adalah fitrah cuma kita kena melihat cinta itu dibina atau didasari atas apa. sekiranya cinta dibina atas keimanan alhamdulillah sesungguhnya kita akan mendapat cinta yang tidak membuatkan kita leka...




Cinta ini ada orang kata adalah kasih sayang , cinta juga perlukan pergorbanan dan cinta juga adalah tanggungjawab. Sejauh mana pengorbanan kita terhadap cinta..Kena beringat bercinta bukanlah sekadar menikmati keseronokan dan tanpa tujuan..bercinta adalah suatu perbuatan dan bercinta perlu dibatasi dan jangan sampai cinta itu melekakan si pencinta...

"Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kita yang mengawal cinta"
Semua orang pasti merasakan cinta. Cinta dari orang tua, keluarga, teman, sahabat, dan orang-orang yang berada di sekitar kita. Cinta itu bukan selalu dengan bahagia. Terkadang kecewa, marah, dan tangis dan macam-macam lagi perasaan. Maknanya cinta manusia tak ada cinta yang abadi. Kerana erti abadi terlampau sempurna untuk menemani perjalanan cinta.Melainkan hanya cinta kepada Nabi ,Rasul dan ALLAH.


Cinta adalah anugerah Allah untuk makhluk-makhlukNya. Ketika datang menyapa, manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya. Tentu dengan benar dan bijaksana. Selama Allah menyematkan di hati kita. Mungkin ia adalah secuil surga dunia yang Allah kirimkan untuk kita. 
Sungguh beruntung, bagi siapa saja yang di dunia ini yang sudah dapat merasakan nikmatnya surga akhirat di dunia. Misalnya, merasakan nikmatnya berukhuwah dengan saudara seiman.

TIPS BERCINTA..... hehehe jom 

1.PEREMPUAN KENA TAHU Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun::

Komen Saya: jgn dibuai cinta yang melekakan..pempuan kena jual mahal cikit sbb ini melibatkan maruah dan agama anda...pilih lelaki yang benar2x blh bimbing anda...xslah pilih lelaki pilihan anda asalkan tujuan bercinta anda ada tujuannya..hehehe

LELAKI KENA TAHU Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya::

Komen Saya: asalkan jgn dpt perempuan yg kuat bebel da..lau bebel pasal xsolat blh sbb dia nak jga hubgn kita dgn Allah tue baru tanda si dia syg dgn kita...lelaki jgn selalu skitkan hti pempuan yang korang syg nati trlepas susah..hehe lau da jumpa wanita yg terima kita seadanya maknanya jika da jodoh  dn bila da nikah kelak dgn Izin Allah Insha Allah wanita itu snang tuk dibentuk namun yg membntuknya adalah siapa suaminya kelak..bimbing wanita dengan agama,kasih sayang, didikan.

2.Cantik diluar belum tentu cantik didalam.. Namun jika cantik didalam, meskipun diluar tidak cantik, ia tetap 'cantik' kerana ia mampu menyejukkan mata sesiapa yang memandangnya dan mendinginkan hati sesiapa yang berada disekelilingnya..."

Komen saya: okey..semua org sukakan yang cantik..mmgla fitrah manusia (nafsu)..bila cantik rupanya mungkin cantik juga zuriatnya namun bila cantik hatinya cantiklah rumah tangga kita kelak dan anak2x yg diperolehi....jika da jumpa cantik luaran dan dalaman alhamdulillah satu bonus bagi anda.yg penting jgn pernah tgglkn solat dan doa..

3.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Komen saya: pernyataan di atas adalah betul..umpama kita memberi org menerima dn tdk mengharapkan balasan cuma mengharap balasan baik dr Allah S.W.T..namun jika da menjumpai seseorang yang memahami anda dan anda memahaminya insha Allah jika da berkenaan namun masih belum punya kekuatan utk menikah doakan wanita yang kita cintai itu semoga Allah menjaganya semasa tiada keupayaan kita utk menjaga dan melihatnya...usaha anda kenalah istiqamah....

4.Jangan Tinggalkan Seseorang Kerana Kamu Bencikannya Tetapi Tinggallah Seseorang Sebab Kamu Tahu Yang Mereka Akan Bahagia Tanpa Kamu ..

Komen saya: kadang2x bila sy lht ada yg sggup tgglkn kekasih dia krn jumpa pmpuan lain atau mls dgn karenah wanita tue..satu pesanan saya bila jumpa dan suka dgn seseorg tue namun responnya kurang dan bila anda ajak bercinta dia xmahu atau bila anda msj dia kurang layan sbnrnya bukan dia xminat wanita tue sbnrnya menjaga maruah diri, agama dan keluarganya...jgn tgglkan wanita itu jika anda muak dgn sikapnya yg acuh xacuh namun pd msa yg sma anda jga suka dgn dia dan dia ada skap prcya dgn anda sbg seorg teman... bila anda da nikah kelak dgn si dia insha Allah tgk bagaimana taatnya si dia dengan kamu kelak....

5.Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA 

Komen saya: wanita juga harus memhami perasaan lelaki..maksudnya saling lengkap dan melengkapi..hehe...wanita merajuk sbnrnya inginkan perhatian anda tp jgn amalkan sblm anda kahwin....harammmm....hehehe...bila da khwin kelak nak bermanja ke apeke buat je... semuanya halal dan pahala....Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki ! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan..



6.Aku ingin MENCINTAIMU kerana AGAMAMU..
Aku ingin MENYAYANGIMU kerana AKHLAKMU..
Aku ingin BERSAMAMU kerana ALLAH..

Maka, TERIMALAH aku seadanya..KEKURANGANKU akan menjadi PELENGKAPMU....YA ALLAH permudahkanlah urusan KAMI...insyaALLAH

7.Walau SEKUAT manapun SAYANG kita kepada seseorang, simpanlah sedikit rasa KERAGUAN di dalam hati supaya bila suatu ketika nanti kita DIUJI, kita tidak akan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula..

Tdk salah mencari cinta kerana Allah ciptakan manusia dengan berpasang-pasang untuk saling lengkap dan melengkapi (cinta) namun berhati-hati semasa bercinta kerana ada dua hal yang perlu dijaga maruah dan agama. adalah lebih manis sekiranya kita mencintai seseorang itu kita doakan. umpama, bila kita suka dengan sst bunga itu dan sdh tentu kita akan petik dan bawa bersama dgn kita namun apabila kita cinta dan ada perasaan care kita akan biarkan bunga tue pada dahannya dan tanda kita syg apabila kita jga, siram dan baja bunga tue..sama seperti apa yg saya katakan tdi..jika da berkenaan dgn seseorg tanyalah empunya bdan dlu samada sdh brpunya atau belum lau blm pasangla niat di hati yg pntg niat kiat sukakan seseorg tue adalah atas tujuan ibadah..bila ekonomi anda da kukuh, kuatkan 
iman anda bykkan solat istkharah sblm nak pinang si dia....

ala klu sy khwin dgn wanita yg sy tdk suka bagaimna sy mau curahkan kasih syg saya dgn isteri saya kelak.....jgn rsau Insha Allah bila da nikah nati secara automatiknya cinta antara anda dan si dia akan berputik kerana Allah da kurniakan perasaan sayang dan cinta antara suami dan isteri....apa yg pntg skg bagi yg masih belajar teruskan belajar dlu hal nie blh dibincngkan kelak hehehe stelah anda bersiap sedia dan bagi yg akan menamatkan zaman bujang mrka tahniah semoga Allah memberkati perkahwinan dan rumah tangga anda..wallahualam...semoga ilmu yg saya kongsikan dpt dijadikan perkongsian dan suntikan semangat bgi rakan-rakan sekalian....assalamualaikum....

Kebahagiaan orang tua adalah keutamaan sebelum kebahagiaan anda...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan