Khamis, 17 Januari 2013

Hukum Mengucapkan Merry Christmas




Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Keyakinan ini amat bertentangan dengan Islam sebab Allah tidak memiliki anak. Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3] Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.
Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” [Surah al-Maidah, ayat 2] Justeru kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama mereka.
Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas mengamalkan agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang bertentang dengan agama mereka. 

1 ulasan:

  1. Casino & Sportsbook - Dr. McD's
    Get access to exclusive sports betting odds, expert picks and expert predictions at 천안 출장안마 DraftKings Sportsbook, 나주 출장안마 Bet Now!‎How 강원도 출장안마 to place Online 안성 출장안마 Betting 여수 출장마사지 · ‎Betting Odds · ‎Payout Limits · ‎Payout Times

    BalasPadam