Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak
pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah
baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih
dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan
pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak
pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang
yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi
hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu
berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,
dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar
masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur,
maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada
penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir
berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat
yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup
keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan
lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa
semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang
di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan
berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan
membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk
umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke
telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan