Ahad, 13 Januari 2013

Diskusi Mahasiswa



Assalamualaikum..sekadar perkongsian untuk ditatapi oleh teman-teman seperjuangan..seminggu yang lepas saya dan rakan-rakan yang lain menghadiri forum mahasiswa Sejarah yang diadakan di Universiti Malaya. Universiti Malaya merupakan tuan rumah bagi acara berkenaan. sebanyak 4 buah universiti yang menyertai forum ini iaitu Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Kebangsaan Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa. saya yang merupakan panel bagi mahasiswa Sejarah UPSI begitu teruja dijemput bagi sama2x membincangkan diskusi berkaitan cabaran sejarah dalam era globalisasi. sy tidak mempunyai persiapan yang rapi hanya sekadar brainstorming ja dengan kawan2x di sebelah mlm dan pagi sebelum bertolak. hati2x pun rasa berdebar2x apa yg saya nak katakan mengenai isu ini. Timbul persoalan yang memenuhi benak fikiran yang kadangkalanya merimaskan saya juga..hehehe.. kami merupakan wakil yang terakhir tiba...ala maklumla UPSI ke UM amik masa dua jam juga bergantungla dengan keadaan trafik..
sy amat bersyukur kerana diberi peluang untuk sama2x berdiskusi mengenai tajuk yang telah diberikan. forum seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama mahasiswa sejarah antara IPTA malah,forum ini mengetengahkan perkongsian maklumat yang banyak disamping bertukar-tukar idea dalam membahaskan tajuk berkenaan. saya tergamam seketika bilamana mendengar kata-kata seorang panel daripada UIA yang begitu hebat mengutarakan hujah2x beliau..dalam hati saya inilah contoh mahasiswa sejarah yang berkualiti..sy bukan nak membandingkan cara pengajaran sejarah di setiap IPTA, tetapi sy memandang cara pemikiran beliau yang sangat kritis dalam membincangkan isu Sejarah dalam Globalisasi. Pengajaran Sejarah di UIA kesemuanya berdasarkan bahasa Inggeris (English content in History)..Saya selaku panel Mahasiswa Sejarah UPSI sekadar berkongsi cabaran Sejarah dalam globalisasi dalam konteks pendidikan memandangkan kami adalah berfokuskan kepada pendidikan. agak2x terketar2x pada mulan2xnya untuk menyuarakan pandangan saya namun berkat sokongan rakan-rakan, rasa terketar2x itu mula hilang dari perasaan enta..apa lagi saya pun dengan rasa seronok menyuarakan pendapat apa yang terbuku di dalam fikiran kerana sesungguhnya forum itu hanyalah sekadar perkongsian ilmu buat semua..xda yang betul dan xda yg salah kerana itu merupakan pendapat dan pandangan kita semua..apa yang saya perkatakan di hadapan semua mahasiswa sejarah yang lain, adalah cabaran sejarah hari ini adalah dari segi pemikiran atau mentaliti kita sebagai mahasiswa sejarah dalam mendalami ilmu sejarah itu sendiri. 

saya melihat bahawa perkembangan globalisasi dunia tanpa sempadan jelas memperlihatkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang sterusnya mempengaruhi gaya hidup, mentaliti masyarakat hari ini terhadap ilmu-ilmu yang dianggap teras dan berkait dengan kehidupan mereka. masyarakat yang kurang cakna akan ilmu sejarah itu sendiri menyebabkan mereka hanyut dengan arus teknologi..inilah yang dikatakan arus pemikiran sekular mestilah diiringi dengan kemjuan yang berkonsepkan sekular...Sejarah dilihat bukan lagi satu ilmu yang dianggap mustahak dalam kehidupan seseorang itu, memandangkan mentaliti mereka adalah dengan hanya belajar yang asas sahaja. mahasiswa/wi yang terlalu mengharapkan sumber bacaan dalam bahasa Melayu mestilah diubah kerana pemikiran seperti ini akan menyempitkan lagi ruang bagi mahasiswa itu sendiri dalam mengkaji ilmu sejarah yang pelbagai. Persoalannya adalah "Kita yang nak belajar dari Buku atau Buku yang nak Belajar dari Kita" tepuk dada tanya Iman...pengkajian yang berkualiti terhadap sejarah pada masa kini bergantung kepada mentaliti atau pemikiran mahasiawa itu sendiri kerana pendidikan sejarah itu dibentuk sejauh mana nilai mahasiswa/wi sebagai pendidik terhadap ilmu sejarah itu sendiri...harapan saya agar program2x seperti ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang berterusan dalam memastikan perkongsian ilmu sentiasa dijalin bagi membentuk mahasiswa/wi yang berkualiti dalam ilmu sejarah..nampaknya masa tidak mengizinkan saya untuk berbicara dengan lebih panjang..Insya-Allah jika ada kesempatan, sya akan berbicara dengan lebih panjang lebar lagi mengenai isu-isu yang berkaitan...Wasalam.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan