Selasa, 15 Januari 2013

KepadaNya Kita Kembali






Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi kesempatan untuk hidup, dan bertaubat atas apa yang kita perlakukan selama ini..nikmat islam,iman,umur yang panjang adalah nikmat yang tidak ternilai yang diberikan kepada kita secara percuma dari Allah S.W.T. Kadangkala kesibukan dunia membuatkan kita terlupa asas-asas kehidupan kita. Sering juga kita lupa bahawa masa ini adalah milik Allah dan sejauh mana kita manfaatkan masa kita adalah bergantung kepada apa yang kita lakukan dan beruntungla hamba-hamba Allah yang memanfaatkan diri disamping tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, sahabat dan yang paling penting sebagai seorang hamba kepada RabbNya. Dunia ini bukan milik kita sepenuhnya dan kita tiada hak dan kuasa untuk menyusun hari-hari kita sepenuhnya semuanya telah disusun oleh Allah S.W.T. Rugilah jika masa yang sekejap ini pengakhiran bukan di Syurga. Semua manusia inginkan Syurga tetapi terdapat sesetengah yang kurang berfikir bagaimana untuk menuju ke Syurga dan terdapat juga manusia yang tahu jika dilihat dari pertuturannya namun pertuturan sahaja tidak cukup, praktikalnya yang amat penting dan disusuli dengan nawaitu yang ikhlas kerana Allah. Kemenangan yang sebenar-benarnya adalah bukan apabila cita-cita kita tercapai seperti mendapat kerja yang professional atau kerja yang kita inginkan kerana itu adalah kejayaan sementara dan kejayaan yang kekal abadi adalah kejayaan kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa dan beriman. Kalau Allah hendak matikan kita bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil kembali HaqNya tetapi Cuma kita sahaja yang kadangkala lena dibuai dengan dunia sehingga kita lupa akan siapa diri kita. semoga kita semua beroleh kemenangan di dunia dan akhirat dan kemenangan kita yang sebenar adalah saat kaki kita bertapak di Syurga Allah S.W.T. apa yang penting jangan sesekali pernah lupa untuk mengucapkan “Alhamdulillah atas nikmat yang tidak ternilai diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita semua.

Hadis diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari.

Daripada Ibnu Umar r.a. رضي الله عنهم beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hidupla engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu Ibnu Umar r.a. pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Pengajaran Hadis:

1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi, kerana itu manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dna hanya mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.

2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilanmaut pada bila-bila masa. Dia semestinya sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seolah-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya

3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna Islam menghalang kemajuan dan kekayaan. Islam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara Islam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi mukmin dan negara Islam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan